Thursday, May 26, 2011

 credit to http://www.copyblogger.com 










tidak tahu apa yang kamu mahu
yang pasti bukan aku
dan aku juga tidak perlu
mereka yang jalan bertongkat
lompat berdukung
lari berpimpin
kerana erti hidup lebih dari itu
hidup rebah bertongkat dagu
jalan lurus berpimpin siku
berdiri teguh atas buku lali dan sendi sendiri

Thursday, May 19, 2011

kamu

kamu lihat
kamu dengar
kamu rasa
kamu hidu
kamu pegang


sudah tentu
kamu faham
kamu tahu

maka kini
kamu fikir
kamu cerna
kamu hitung
kamu congak
kamu putus

mana hala kamu
berdiri atau duduk
tegap atau bongkok
berpimpin atau berlari
bertindak atau bermimpi

kerana
kamu lelaki

deja vu

mulut kata cakap
hati kata redha
otak kata penat

ulang-ulang cerita yang sama
entah betul entah cereka
mana nak tahu betul ke tipu
jarak beribu batu

yang dulu-dulu jadikan teladan
dah penat menangis bagai meroyan
sekarang serah saja pada Tuhan
pada Dia diserah seluruh kehidupan

jalan lurus tak semesti bahagia
ada lopak lubang besar sini sana
jalan berliku mungkin lebih selesa
tidak berbatu jalannya rata

bulan bintang matahari jadi saksi
apa rasa terkandung di hati
Allah jua yang Maha Mengetahui
maka..padaNya saya serahkan kini...
apa keputusan..apa akan terjadi...


macam deja-vu
ulang-ulang tetap di situ
peristiwa sama beza waktu
watak sama rasa yang satu
macam deja-vu

Monday, December 27, 2010

10 things I hate about You

I hate the way you talk to me,

and the way you make me happy.

I hate the way you make me jealous,

and the way you know how to tease me.

I hate your snobbish  arrogant face

and the way you can't read my mind.

I hate you so much it makes me sick,

it even makes me rhyme.

I hate the way you're always right,

I hate it when you lie.

I hate it when you make me laugh,

even worse when you make me cry.

I hate it when you're not around,

and the fact that you didn't reply.

But mostly I hate the way I don't hate you,

not even close

not even a little bit

not even at all. 



(inspired by : 10 Things I hate about You, 1999)

Thursday, September 2, 2010

saja-saja suka-suka

sebulan...
rindu-rinduan setiap saat.. saban hari nak bertanya berita...
dekat di hati jauh di mata..
seksa berpisah setengah gila...


dua bulan...
rindu datang selang sehari..
bukan tak ingat tapi dah mula busy...
tapi selang sehari masih berita dikongsi...


3 bulan...
ehh dah seminggu takde berita...
agak2nya apa khabar di sana...
ingat dan rindu masih terasa..
cuma terasa sepoi-sepoi bahasa...


6 bulan..
ohhh..ade kawan di perantauan...
baru teringat rupanya ada dia di dunia sana..
ehhh dah sebulan tak bertukar cerita..
sorrylah kawan busy aktiviti di bumi tercinta...
bukan tak ingat...cuma tak de masa...


10 bulan..
hidup dah biasa tanpa dirinya..
ada ke takde affectnya sama..
yang ada depan mata menghibur jiwa..
tak ada yang berubah pun semua masih sama..
tetap enjoy hidup macam biasa..
tapi tetap ingat barang sekali sekala..
ada kawan jauh dimata..


12 bulan dan seterusnya..
sama saja..hidup mesti diteruskan..
pada yang tiada diratap usah..
hidup kat sini dah cukup indah..
tiada yang kurang semua pun mudah..
kadang terlupa pernah jadi sahabat sejati...
leka dengan dunia sendiri...
dikelilingi tawa hilai tak henti...


saat kembali...
peliknya rasa..
dah lama tiada, bila menjelma serba tak kena..
dah cukup selesa dgn apa yg ada..
perlu ke dia kembali semula...
nak catch up balik tentulah susah..
dah banyak tertinggal, orang pun tak endah..
dunia kita dah jauh berbeza..
dah ada ganti tempat bermanja..
pelik rasanya nak berkongsi rasa semula...
dah lama ditinggal janggallah pula..




nota kaki : idea datang di saat ngantuk tapi belum baca tute hamid esok... ngeri.... 02092010..melb.

Wednesday, September 1, 2010


Dulu buta bukan tak melihat 
Bayang di depan tapi tak nampak...
dulu ada tapi tak rasa
ada depan mata, kosong jiwa

dulu tak sangka dari kosong jadi dua..
dari dua jadi satu..
satu kongsi semua, semua jadi satu

masam manis, kelat tawar hirup sama...
jatuh luka balut kemas
lompat tinggi sama ke awan...
kita kongsi aspirasi..
kita kongsi sejuta mimpi...

janji berlipat sama mengerat
tergigit lidah tak putus urat
cincang air tak putus empat
hati tercalar cepatlah ubat...

dalam suka pasti terluka
cubit kiri kanan pun rasa...
pedih ngilu pastilah ada
asam garam berkongsi dunia...

salah faham  pasti terjadi
apatah lagi jauh membahagi bumi
mana mungkin semuanya sekata
sedangkan menari pun lantai tak rata

tergigit lidah mulut yang bisa
ibarat pedang menghunus jiwa
sudah terngadah baru tersentak
apakan daya sudah terlajak

jauh sekali mencipta benci
pada yang terindah anugerah Illahi
pada penenang bila tak aman
pada pendengar bila tak senang

kesal berhari berembun hati
hati diguris cuba ubati
semoga mentari masih bersinar
sembunyi sekejap menyejuk lahar

andai maaf tiada harga
tak mungkin dapat digadai jiwa
hanya harapan dan doa disandar pasrah
moga yang indah kan tetap singgah

tak mungkin sama kalau bercerai rasa
siapalah lagi teman ketawa
teman berduka teman antara dua benua
macam pelangi tak cukup warna...

doa dan harapan pulihlah jiwa
merajuk hati janganlah lama
manusia mana tak tergigit lidahnya
dalam hidup pasti terkena juga...

dengan tulus maaf dipinta...
saya cuma manusia biasa...
pasti ada masa membuat angkara
tapi tak bermaksud mencalar luka..

moga yang dah terjadi, jadi sempadan
teladan  untuk lebih memahami
lebih mengerti dan lebih menghargai
nikmat bahagia yang sama dikongsi..

buang yang keruh yang jernih dikenang
saat yang manis jadikan pedoman
dalam hidup pasti ada dugaan
yang menguji sejauh mana kekuatan

andai kata dah tiba masa nekad di jiwa
tiada lagi yang indah untuk dikenang
putuslah harapan mendunglah kehidupan
cuma berharap Tuhan tunjukkan jalan...
yang terbaik untuk teruskan kehidupan...

cuma sampaikan dalam pesanan
sekali sayang berkerat tidak, bercambah rendang
yang indah tetap dalam ingatan...
tetap yakin doa dipohon...penyudah yang baik Tuhan perkenan...
kerana rasa ini bukan bahan mainan bukan dipinta bukan ciptaan..
hadiah Tuhan sebuah perasaan..kerana Allah terbitlah sayang...



nota kaki : karya pertama di Melbourne :) 01092010 : 10.30pm

Tuesday, May 18, 2010

penat...

penat.. hidup yang tak sempat...
sana sini lari-lari...
sana sini cari-cari...


rebah bila dah parah...
darah..melimpah-limpah...
tak nampak di mata, tapi dalam hati rasa...
rasa ngilu darah mengalir lesu tanpa restu...


sudah penat melabur kata..
pulangan setimpal tak juga tiba..
sudah bosan melacur sayang..
bukan intan jadi taruhan...
tapi secupak rasa yang jujur yang luhur cukup buat ganjaran...


ada manusia pakai otak tapi benak...
ada manusia mahu semua tak beri apa-apa..
ada yang beri semua dapat hampa...


hidup penat...hidup susah...
kadang nak rebah...
kadang nak dipimpin bertatih ke alur cinta..
tapi bayang juga tak kunjung tiba..
jalan masih sendiri juga..
tangan kanan pimpin kiri..
kaki ini berdiri sendiri...
biar penat biar susah...
jalan kau pilih kaulah yang redah...


hidup penat hidup susah..
ya..hari ini memang susah..
tapi susah untuk esok bila bangun semula semua dah mudah..
hingga hari rasa indah itu menyampai salam..
teruskanlah perjalanan...


picit kanan picit kiri..
punggung dukung buku lali...
penat jalan kita lari...
penat lari kita nyanyi...
terus terus terus lagi..
depan ada tongkat...
depan ada rahmat..
depan pulih kudrat...