Thursday, May 26, 2011

 credit to http://www.copyblogger.com 










tidak tahu apa yang kamu mahu
yang pasti bukan aku
dan aku juga tidak perlu
mereka yang jalan bertongkat
lompat berdukung
lari berpimpin
kerana erti hidup lebih dari itu
hidup rebah bertongkat dagu
jalan lurus berpimpin siku
berdiri teguh atas buku lali dan sendi sendiri

Thursday, May 19, 2011

kamu

kamu lihat
kamu dengar
kamu rasa
kamu hidu
kamu pegang


sudah tentu
kamu faham
kamu tahu

maka kini
kamu fikir
kamu cerna
kamu hitung
kamu congak
kamu putus

mana hala kamu
berdiri atau duduk
tegap atau bongkok
berpimpin atau berlari
bertindak atau bermimpi

kerana
kamu lelaki

deja vu

mulut kata cakap
hati kata redha
otak kata penat

ulang-ulang cerita yang sama
entah betul entah cereka
mana nak tahu betul ke tipu
jarak beribu batu

yang dulu-dulu jadikan teladan
dah penat menangis bagai meroyan
sekarang serah saja pada Tuhan
pada Dia diserah seluruh kehidupan

jalan lurus tak semesti bahagia
ada lopak lubang besar sini sana
jalan berliku mungkin lebih selesa
tidak berbatu jalannya rata

bulan bintang matahari jadi saksi
apa rasa terkandung di hati
Allah jua yang Maha Mengetahui
maka..padaNya saya serahkan kini...
apa keputusan..apa akan terjadi...


macam deja-vu
ulang-ulang tetap di situ
peristiwa sama beza waktu
watak sama rasa yang satu
macam deja-vu