Mak pernah berkata…
Hidup ini perjuangan..
Bila hidup mahu diteruskan
Perlu ada pengorbanan
Biar diri menjadi lilin
Membakar diri menerangi orang lain
Perjuangan hidup tetap diteruskan
Pantang undur sebelum menang
Mak pernah berkata…
Dalam manis ada pahitnya
Dalam ceria ada hibanya
Oleh itu hidup mesti waspada
Sediakan bekalan iman dan takwa
Penuhkan dada dengan ilmu tuhan
Moga yang sempit akan dilapangkan
Moga yang sukar akan dipermudahkan
Mak pernah berkata…
Sahabat yang jujur pembimbing jalan ke syurga
Selalu benar bila berkata
Kesalahan kita segera ditegurnya
Keaiban kita kekal terpelihara
Selalu membantu ketika susah
Memberi semangat menenangkan amarah
Berhati-hatilah memilih sahabat
Agar hidup selamat dan berkat
Mak pernah berkata…
Cinta itu mainan perasaan
Tersilap langkah diperangkap syaitan
Saat bercinta semuanya indah
Bila tak jumpa hati pun gundah
Mengukir mimpi menganyam janji
Dunia bagai alam fantasi
Sekali terluka baru tersedar
Hidup ini perjuangan..
Bila hidup mahu diteruskan
Perlu ada pengorbanan
Biar diri menjadi lilin
Membakar diri menerangi orang lain
Perjuangan hidup tetap diteruskan
Pantang undur sebelum menang
Mak pernah berkata…
Dalam manis ada pahitnya
Dalam ceria ada hibanya
Oleh itu hidup mesti waspada
Sediakan bekalan iman dan takwa
Penuhkan dada dengan ilmu tuhan
Moga yang sempit akan dilapangkan
Moga yang sukar akan dipermudahkan
Mak pernah berkata…
Sahabat yang jujur pembimbing jalan ke syurga
Selalu benar bila berkata
Kesalahan kita segera ditegurnya
Keaiban kita kekal terpelihara
Selalu membantu ketika susah
Memberi semangat menenangkan amarah
Berhati-hatilah memilih sahabat
Agar hidup selamat dan berkat
Mak pernah berkata…
Cinta itu mainan perasaan
Tersilap langkah diperangkap syaitan
Saat bercinta semuanya indah
Bila tak jumpa hati pun gundah
Mengukir mimpi menganyam janji
Dunia bagai alam fantasi
Sekali terluka baru tersedar
Hidup ini perjuangan..
Bila hidup mahu diteruskan
Perlu ada pengorbanan
Biar diri menjadi lilin
Membakar diri menerangi orang lain
Perjuangan hidup tetap diteruskan
Pantang undur sebelum menang
Perjuangan hidup tetap diteruskan
Pantang undur sebelum menang
Mak pernah berkata…
Dalam manis ada pahitnya
Dalam ceria ada hibanya
Oleh itu hidup mesti waspada
Sediakan bekalan iman dan takwa
Penuhkan dada dengan ilmu Tuhan
Moga yang sempit akan dilapangkan
Moga yang sukar akan dipermudahkan
Penuhkan dada dengan ilmu Tuhan
Moga yang sempit akan dilapangkan
Moga yang sukar akan dipermudahkan
Mak pernah berkata…
Sahabat yang jujur pembimbing jalan ke syurga
Selalu benar bila berkata
Kesalahan kita segera ditegurnya
Keaiban kita kekal terpelihara
Selalu membantu ketika susah
Memberi semangat menenangkan amarah
Berhati-hatilah memilih sahabat
Agar hidup selamat dan berkat
Mak pernah berkata…
Cinta itu mainan perasaan
Tersilap langkah diperangkap syaitan
Saat bercinta semuanya indah
Bila tak jumpa hati pun gundah
Mengukir mimpi menganyam janji
Dunia bagai alam fantasi
Sekali terluka baru tersedar
Mimpi yang indah semuanya pudar
Barulah tahu sifat sebenar
Barulah insaf qada’ dan qadar
Mimpi yang indah semuanya pudar
Barulah tahu sifat sebenar
Barulah insaf qada’ dan qadar
Mak pernah berkata…
Bila kecewa ingatlah Tuhan
Maha Berkuasa Dia tentukan..
Segala kejadian ada hikmahnya
Hanya manusia tak mampu meneka
Dalam kesengsaraan perlu ketabahan
Sabar dan redha hilangkan resah
Ingatlah Allah Maha Pemurah
Doa padaNya tunduk dan pasrah
Mak pernah berkata…
Hidup ini hanya sementara
Hidup yang mulia hidup berbudi
Berhati-hati dalam memberi
Tak semua orang tahu menghargai
Menerima budi ada batasnya
Jangan sampai tergadai jiwa
Bergantung harap jangan pada manusia
Kerana manusia tidak sempurna
Mohonlah padaNya..Doa kepadaNya..
Moga berkat hidup dunia akhirat
Mak pernah berkata …
Dengarlah anakku pesanku ini
Buat pedoman kemudian hari
Sesungguhnya anakku kaulah permata hati
Anugerah terindah yang pernah ku miliki
9 bulan dalam kandungan
Doa emak engkaukan lahir jadi insan beriman
Yang akan menyejukkan hati emak
Dengan kesopananmu
Yang akan membuat mak menangis
Dengan kejayaanmu…
Yang akan meringankan beban
Kala tua uzur mendatang
Yang akan mendoakan emak
Bila dunia ini mak tinggalkan..
Mak pernah berkata…
NOTA KAKI :
ditulis di UKM masa tahun akhir..
zaman stress dgn tesis dan final exam..
tp tak ingat tarikh.. :)
No comments:
Post a Comment